Rabu, 11 Mac 2009

Pengendalian Istiadat-Istiadat

Istiadat sepatutnya dikendalikan daripada daya ingatan juga pengalaman dan bukan daripada buku ini. Ianya telah dikenalpasti bahawa Pemimpin dan individu kanak-kanak yang mengambil bahagian, kadangkala menjalankannya di bawah pengaruh emosi dan melakukan kesilapan dalam sesuatu istiadat tertentu. Ini semua tidaklah begitu penting asalkan kanak-kanak yang berkenaan tidak menyedarinya dan juga tidak merosakkan daya ingatannya berhubung upacara tersebut.

Kepentingan istiadat dalam latihan berpengakap amat ketara kerana kebanyakan istiadat-istiadat yang dijalankan menunjukkan tanda peningkatan seseorang dan sebagai tanda pengikhtirafan kepada mereka yang menyertainya. BP sendiri menunjukkan bahawa Istiadat-istiadat dalam semua peringkat Pengakap mempunyai istiadat tersendiri tertakluk kepada Unit-unit atau sessinya. Walau bagaimanapun kita tidak sepatutnya berfikir bahawa istiadat-istiadat dalam Pengakap adalah sesuatu yang sulit dalam latihan Pengakap; semuanya hendaklah dibuat secara terbuka. Seorang Pengakap dilantik di hadapan "troopnya" dan dia diakui sebagai Pengakap Raja dan lazimnya dibuat di hadapan satu majlis yang dihadiri ramai. Adalah sangat penting bahawa apabila sesuatu Persetiaan dibuat ianya mencerminkan tatalaku seorang Pengakap yang baik boleh diteladani oleh rakan-rakannya, tetapi dia juga sedar bahawa orang lain turut menyedari atas Persetiaannya.

Sungguhpun istiadat Pengakap adalah bercorak upacara terbuka, perlu diingat bahawa apa jua istiadat dalam Pengakap, adalah lebih baik tidak dijadikan sebagai satu majlis atau upacara "publik". Jika istiadat itu bertujuan untuk pertunjukan (demonstrasi), istiadat sedemikian itu hendaklah dijalankan oleh mereka yang sudah dilantik, orang yang dipilih kerana mereka itu dipercayai boleh menjalankan sesi demonstrasi itu dengan sempurna.

Kita kerap kali dipersoalkan sama ada ibu bapa sepatutnya hadir dalam sesuatu Istiadat. Bagi kita tidak ada perkataan "patut" mengenai perkara itu, tetapi jika kanak-kanak berkenaan mahukan Ibubapa mereka hadir, kita boleh menjemputnya. Sudah tentulah mereka tidak sepatutnya hadir tanpa persetujuan kanak-kanak itu sendiri.

Persediaan untuk sesuatu Istiadat adalah perkara yang amat penting, dan ianya memerlukan perancangan yang rapi, latihan yang cukup kepada kanak-kanak berkenaan supaya suasana sesuatu istiadat itu benar-benar dijalankan sebagaimana dirancangkan dalam program agar ianya menepati dengan suasana perjumpaan itu. Begitu juga penerangan yang ringkas dan lengkap mengenai prosedur mengendalikan mana-mana istiadat juga penting diberikan kepada semua pembantu.


HORMAT PENGAKAP














Hormat Pengakap ialah salah satu daripada tiga tradisi asas Pengakap (yang lainnya: isyarat Pengakap dan Berjabat tangan Pengakap)

Pengasas Pergerakan Pengakap, Lord Baden-Powell berkata:
"Hormat ialah menunjukkan seseorang itu dihormati,
ia adalah hak keistimewaan untuk menghormati
dan ianya tidak mengabdikannya"

Rakan kita sering memberi salam antara mereka. Jika anda melihat seorang kawan diseberang sebatang jalan raya, anda kadang-kadang memberi salam dengan melambai-lambaikan tangan. Ini juga satu tanda hormat yang mudah.

Pengakap ada cara khas hormat kepada saudar Pengakap yang lain.

Cara Hormat Pengakap

* Pertama - tunjukkan isyarat Pengakap dengan tangan kanan, kemudian angkat tangan kanan dengan pantas sehingga ke sisi topi forage selama satu atau dua saat dengan permukaan jari menghadap ke hadapan. Kemudian turunkan tangan ke bawah dengan pantas secepat yang boleh. Jika anda tidak memakai topi forage, sentuh dahi anda dibahagian atas mata kanan.

Mana dan bila memberi Hormat

* Memberi Hormat Pengakap pada masa berseragam penuh. Ianya bererti tanda kehormatan, berbudi bahasa dan persahabatan. Bererti tanda kehormatan, berbudi bahasa dan persahabatan.

Tanda hormat kepada:

* apabila lagu Kebangsaan dinyanyikan.
* apabila bendera Kebangsaan dinaikkan / dikibarkan.
* apabila bendera Kebangsaan dilintaskan dalam upacara berbaris.

Sebagai salam

* Bila anda melihat sesiapa memakai lencana Pengakap atau berpakaian seragam samada anda mengenalinya atau tidak - sentiasa cuba menjadi orang pertama memberi Hormat Pengakap.

ISYARAT PENGAKAP


















Isyarat Pengakap menandakan suatu isyarat Pengakap dalam unit anda sebagai seorang Pengakap di seluruh dunia. Ia adalah tradisi Pengakap dalam berkomunikasi pada masa dahulu sehingga kini dan untuk ahli-ahli Pengakap mengenali antara mereka dalam sesuatu aktiviti yang tersendiri.